Photobucket

Wednesday 2 January 2013

Sehelai Kain Putih



Dengan Nama ALLAH Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang

  Ana mulakan dengan selawat dan salam keatas junjungan besar nabi  Muhammad S.w.t serta sekalian keluarga dan sahabat baginda dan segala puji itu bagi ALLAH Tuhan semesta Alam .Entah kenapa ana rasa tercuit untuk mengungkap kata2 yang ALLAH ilhamkan pada diri ini.Sahabat2 tahu erti kehidupan yang sebenar.apa yang ana faham tentang Kehidupan ini  ialah kehidupan umpama sehelai kain putih.Ia bermakna kitalah yang harus untuk mencorakkan nya.Tapi bagaimana  kita nak pastikan bahawa sewaktu kita memperindahkan kain putih itu tidak akan ada kekotoran yang menyeliputinya.Tidak ada kekotoran yang  dapat  mencacatkan kain tersebut.Subhanallah.Ini bermakna kita harus berhati-hati,supaya kain itu tak comot,supaya kain itu berharga untuk diri kita.Cuba sahabat2  bayangkan kalau tiba2 sewaktu kita melakar kain itu dengan  lukisan yang indah  tiba-tiba air kopi tersimbah di kain itu.Agak2 nyer apa yang terjadikan.?.Wanuuzubillah.Tak kn kita nak biarkan jer kan.Mesti sedihkan andai masa yang kita guna untuk melakar kain itu akhirnya menjadi sia2.Hah itu lah ibarat diri kita.?

  Macam 2 persepsi  akan terjadikan.Bagaimana kita berfikir itu adalah diri kita.waima apa pown persepsi kita ia tak kan sama dengan apa yang orang lain fikirkan.Mungkin ada yang kata kita boleh tutupnya dengan simbah cat putih balik,mungkin ada yang kata buang dalam tong sampah n buat baru dan macam2 la.Wahai sahabat2 ana tidak pandai membaca hati kalian.Tapi apa yang boleh ana katakan lukisan itu ibarat diri kita.Siapa kita adalah diri kita ini yang akan kita tentukan.Walau apa sekalipun corak yang kita lakar,warna apa sekalipown yang kita guna di kain tersebut ia tetap akan menjadi saksi dan menjadi catitan setiap amalan kita.

  Wahai sahabat2 anda tahu tak bahawa diri kita ini akan dipersembahkan di padang masyar nanti.?Amalan kita yang akan jadi perantaraan kita dengan ALLAH nanti.?Tanggungjawab yang ALLAH amanahkan adakah telah kita lakukan dengan sebaiknya.?.Begitulah sebenar kehidupan kita.Kita dihidupkan didunia ini adalah untuk menjadi khalifah.Menyeru yang makruf meninggalkan yang mungkar.Kalau hitam yang tercalit itu sedikit inshaa allah kita boleh tambah ianya dengan kebaikan demi kebaikan.Tetapi kalau hitam tue banyak bagaimana agaknya.Wanuuzubillah.Moga ALLAH terima diri kita yang hina ini.Saya lampirkan kata2 cinta ALLAH pada kita hambanya.

 ALLAH Berfirman yang Bermaksud;-
“Dan  ( ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat pada-Ku.” (Surah Al-Dhariyat 51:56)

 Firman ALLAH lagi dalam kalam cintanya yang bermaksud;-
“Sesungguhnya kami tidak mencipta kamu itu sia-sia.” (Surah Al-Mu’minun 23: 115)

  Sahabat2 sekalian ana menulis ini bukan bermakna ana adalah orang yang terlalu baik.Ana juga sedar ana juga selalu tersilap langkah.Tapi ana sedar bahawa setiap apa yang ana lakukan,setiap ujian yang allah kasi itu adalah peringatan dari ALLAH,terbiah dari ALLAH.ALLAH nak ana sedar bahawa tanggungjawab yang diamanahkan haruslah ana laksanakan.Kadang-kadang ana juga takut  kalau saat ana menulis ini ALLAH tak redha dengan ana,ana juga takut kalau ana menjadi hamba yang munafik andai ana hanya pandai berkata2 tapi tak pandai untuk laksanakn.apa pown biarlah ia nya menjadi rahsia ana dengan Pencipta ana.Malu rasanya untuk berhadapan dengan nya.Rasa tak layak sangat untuk berhadapan dengan nya.Tapi kesedaran yang ada pada diri ini menyebabkan ana tak nk sia2 kan peluang yang ALLAH kasi.

Firman ALLAH
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang makruf,dan mencegah yang mungkar.” (Surah Al-imran 3:110)
     
 Sesungguhnya jika saya sedang menasihati kamu bukanlah bererti sayalah yang terbaik dalam kalangan kamu,Bukan juga yang  paling soleh  dalam kalangan kamu,kerana saya juga pernah  melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya Tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sedikitlah orang yang member peringatan.
(Imam Hassan AL-Basri)

  Oleh itu sahabat-sahabat marilah kita bersama-sama mencari keredhaan ALLAH disetiap tindakan kita.Cuba kalian fikirkan sejenak andai ALLAH tarik nyawa kita pada saat ini.Apa agaknya amalan yang boleh kita bawa untuk berhadapanya.Apakah kita layak untuk menyeberangi titian siratul mustaqim.Dimana pengakhiran kehidupan ini.?.Wallahualam.FikiRkanlah bahawa perjalanan kita sebagai hamba ALLAH tak lama kat dunia nie.Sekejap aje.Jadi jangan sia-siakannya.Bagi sahabat-sahabat yang tak menutup aurat marilah berhijrah untuk menutup aurat.Sahabat tak kan rugi pown.Malah ALLAH akan jaga kalian.Kalian ini sangat mahal di mata ALLAH.Jadi jangan sia-siakannya.Kesihanilah ibu bapa kita yang terpaksa menangung dosa kita.Moga ALLAH redha akan kIta.Moga ALLAH berikan Hidayah dan Pertunjuknya pada kita semua.In shaa ALLAH.

  Carilah Redha ALLAH jangan Cari Murka ALLAH.Asif andai kata-kata ana mungkin ada yang silap mahupun menyebabkan ada yang terasa dengan kata2 ana.Ana Mohon maaf dan ana sedia menerima sebarang komen dari kalian semua.Yang baik itu datang dari ALLAH,yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri.Sekian Wassalam.

                                                        
                                                               Maalsalamah waalalliqo

No comments:

Post a Comment