Photobucket

Friday 16 November 2012

Hijrahkan Diri


 
    Ana sering mendengar perkataan tentang Hijrah.Jadi bagi pendapat ana Hijrah pada zaman globalisasi ini (skema ayat) adalah Hijrah daripada yang jahat kepada yang baik.Manakala yang baik menjadi bertambah baik.Hijrah dalam menegakkan Amal Makhruf Nahi Mungkar.Setiap manusia didunia ini pasti dihati mereka terselit rasa hati untuk berhijrah.Adakala ader diantara mereka yang berkata Hijrah itu payah.Hijrah nanti-nantilah.Hijrah itu menyusahkan.Jasad tak benarkan hati untuk berhijrah.Benarkah..?wanauzubillah.husnozon sahaja.Menjawab persoalan sahabat2 yang selalu bertanya pada ana bagaimana untuk berhijrah..?

Ana mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirohim

    Hijrah itu menuntut satu pengorbanan.Pengorbanan untuk apa?.Pengorbanan untuk melakukan penghijrahan dan melupakan kemaksiatan yang pernah kita lakukan.Hakikatnya setiap anak adam itu mereka tidak akan lepas dari melakukan kesilapan begitu juga dengan ana yang selalu khilaf .Sedar atau tidak ALLAH berikan kita pengajaran dari kisah Umar AL-Khattab.Mungkin ramai yang ingat tentang kisah ini dan mungkin ada yang terlupa.Jadi ana imbau kembali bagaimana sahabat nabi ini sebelum menerima Taufik dan Hidayah.Dirinya menjadikan Nabi Muhammad nabi yang kita cintai itu sebagai musuh dan ingin membunuh baginda.Hidupnya dalam kejahilan.Menanam anaknya hidup2.Tidak langsung mempunyai kemanusiaan.Tetapi kerana kasihnya Nabi Muhammad kepada umatnya lantas dia berdoa agar salah seorang dari antara dua musuh baginda ini iaitu diantara Abu Jahal dan Umar Al-Khattab menerima Hidayah.ALLAH perkenankan doa ini.ALLAH berikan Hidayahnya kepada Umar Al-Khattab.Bagaimana Umar mendapat Hidayah.?

   Saat dirinya mendapat perkhabaran bahawa adiknya Fatimah telah memeluk islam lantas bergegas baginda pergi kerumah adiknya.Saat itu beliau mendengar adiknya Fatimah dan suaminya Said membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Umar Al-Khattab berasa sangat marah lalu memukul Said dan Fatimah.Tapi kuasa ALLAH saat adiknya ingin kembali menyimpan lembaran ayat2 suci itu Umar Al-Khattab menyuruh adiknya untuk membacakan ayat suci itu kepadanya.Lantas Fatimah menuruti permintaan itu.Lalu Fatimah membaca ayat-ayat suci tersebut.

  “Taha.Bukanlah kami turunkan Al-Quran kepada engkau supaya engkau menjadi susah.Melainkan menjadi PERINGATAN bagi orang yang takut.Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.(Dia) maha pengasih,bersemayam di atas Arasy.Kepunyaannya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Apa-apa yang ada di antara keduanya dan apa-apa yang ada di bawah tanah.''(Surah Taha,ayat 1-7)


  “Alangkah indahnya ayat-ayat ini.Aku begitu menyukainya....,”petikan dari Novel Sejarah Islam Umar Al-Khattab.Lantaran itu Umar Al-Khattab memeluk Islam.Didepan Rasulullah penyaksian baginda terhadap Umar saat Umar Al-Khattab berkata “Saya beriman pada ALLAH dan percaya dengan apa yang baginda sampaikan.”Rasulullah S.w.t. Bertakbir penuh kesyukuran apabila mendengar ucapan Umar Al-Khattab itu.Maka apakah firman ALLAH yang kamu dustakan.Apabila memeluk islam beliaulah yang paling bersemangat untuk menegakkan syiar Islam,Melindunigi Rasulullah.Hayatilah bersama.Subhanallah.Apakah kita masih berasa tidak layak untuk berubah.?Apakah saat Hidayah itu datang menyapa kita biarkan ianya berlalu pergi tanpa rasa untuk menggengamnya.?

  



   ALLAH..ALLAH..ALLAH.LaillahaillaAllah.Jika ada lintasan yang mengatakan kita tidak layak. Buanglah ianya jauh2 kerana yang tidak suka akan kebaikan hanyalah syaitan sahaja.Selagi kita hidup selagi itulah kita akan dihasutnya.Bangkitlah lah rakan2 untuk berjuang.Berjuang untuk berhijrah dari kemaksiatan ,Berhijrah dari melakukan dosa2 dan Berhijrah menutup aurat yang sempurna.Moga ALLAH redha akan kita.Selagi nyawa masih dikerongkong selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka.ALLAH sentiasa menanti kita untuk bertaubat kepadanya.jangan sia-siakanya wahai sahabat.Ana sentiasa mendoakan sahabat2 ana yang ingin berhijrah.ayuhlah ana seru rakan2 ana2 dan juga diri ana sendiri untuk kita bersama2 kembali kepada ALLAH yang satu..Hayatilah cinta ALLAH dan RASUL.Wuallahualam..Maafkan ana andai ada salah dan silap.apa yang baik dari ALLAH,yang buruk dari kelemahan diri ana sendiri...

                                                           Maalsalamah waalalliqo


4 comments:

  1. Assalamualaikum Nor. Terlebih dahulu tahniah Kak Ain ucapkan kerana kehadiran seorang lagi blogger muslimah dalam mengisi misi dakwah di dunia blogger ini. Teruskan menulis kerana sebagai salah seorang insan yang serba kekurangan, artikel Nor menambahkan pengetahuan dalam diri yang Kak Ain. Tidak terlewat juga agaknya untuk Kak Ain ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga kita sama sama bersyukur dengan usia yang dipinjamkan, dan teruslah berjuang dalam mencari amal untuk bekalan di akhirat nanti. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam k.ain.terima kasih yang tidak terhingga..In shaa ALLAH k.ain Nur akan cuba yang sebaik mungkin..hakikatnya diri ini masih bertatih dalam mencari makna sebenar kehidupan..nur pown ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada akk.Semoga ALLAH sentiasa merahmati k.Ain.In shaa ALLAH...

      Delete
  2. jazakillah sis for this very good entry.keep writing for the sake of Allah.Support+followed your blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..hakikatnya ilham tercipta dari ALLAH kepada hambanya ini..Semoga terbiah dari ALLAH dapat menjadiKAN kita manusia yg tak rugi dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah di bumi ALLAH ini... syukran jazilan kerana sudi membaca.....

      Delete