Photobucket

Friday 16 November 2012

Hijrahkan Diri


 
    Ana sering mendengar perkataan tentang Hijrah.Jadi bagi pendapat ana Hijrah pada zaman globalisasi ini (skema ayat) adalah Hijrah daripada yang jahat kepada yang baik.Manakala yang baik menjadi bertambah baik.Hijrah dalam menegakkan Amal Makhruf Nahi Mungkar.Setiap manusia didunia ini pasti dihati mereka terselit rasa hati untuk berhijrah.Adakala ader diantara mereka yang berkata Hijrah itu payah.Hijrah nanti-nantilah.Hijrah itu menyusahkan.Jasad tak benarkan hati untuk berhijrah.Benarkah..?wanauzubillah.husnozon sahaja.Menjawab persoalan sahabat2 yang selalu bertanya pada ana bagaimana untuk berhijrah..?

Ana mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirohim

    Hijrah itu menuntut satu pengorbanan.Pengorbanan untuk apa?.Pengorbanan untuk melakukan penghijrahan dan melupakan kemaksiatan yang pernah kita lakukan.Hakikatnya setiap anak adam itu mereka tidak akan lepas dari melakukan kesilapan begitu juga dengan ana yang selalu khilaf .Sedar atau tidak ALLAH berikan kita pengajaran dari kisah Umar AL-Khattab.Mungkin ramai yang ingat tentang kisah ini dan mungkin ada yang terlupa.Jadi ana imbau kembali bagaimana sahabat nabi ini sebelum menerima Taufik dan Hidayah.Dirinya menjadikan Nabi Muhammad nabi yang kita cintai itu sebagai musuh dan ingin membunuh baginda.Hidupnya dalam kejahilan.Menanam anaknya hidup2.Tidak langsung mempunyai kemanusiaan.Tetapi kerana kasihnya Nabi Muhammad kepada umatnya lantas dia berdoa agar salah seorang dari antara dua musuh baginda ini iaitu diantara Abu Jahal dan Umar Al-Khattab menerima Hidayah.ALLAH perkenankan doa ini.ALLAH berikan Hidayahnya kepada Umar Al-Khattab.Bagaimana Umar mendapat Hidayah.?

   Saat dirinya mendapat perkhabaran bahawa adiknya Fatimah telah memeluk islam lantas bergegas baginda pergi kerumah adiknya.Saat itu beliau mendengar adiknya Fatimah dan suaminya Said membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Umar Al-Khattab berasa sangat marah lalu memukul Said dan Fatimah.Tapi kuasa ALLAH saat adiknya ingin kembali menyimpan lembaran ayat2 suci itu Umar Al-Khattab menyuruh adiknya untuk membacakan ayat suci itu kepadanya.Lantas Fatimah menuruti permintaan itu.Lalu Fatimah membaca ayat-ayat suci tersebut.

  “Taha.Bukanlah kami turunkan Al-Quran kepada engkau supaya engkau menjadi susah.Melainkan menjadi PERINGATAN bagi orang yang takut.Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.(Dia) maha pengasih,bersemayam di atas Arasy.Kepunyaannya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.Apa-apa yang ada di antara keduanya dan apa-apa yang ada di bawah tanah.''(Surah Taha,ayat 1-7)


  “Alangkah indahnya ayat-ayat ini.Aku begitu menyukainya....,”petikan dari Novel Sejarah Islam Umar Al-Khattab.Lantaran itu Umar Al-Khattab memeluk Islam.Didepan Rasulullah penyaksian baginda terhadap Umar saat Umar Al-Khattab berkata “Saya beriman pada ALLAH dan percaya dengan apa yang baginda sampaikan.”Rasulullah S.w.t. Bertakbir penuh kesyukuran apabila mendengar ucapan Umar Al-Khattab itu.Maka apakah firman ALLAH yang kamu dustakan.Apabila memeluk islam beliaulah yang paling bersemangat untuk menegakkan syiar Islam,Melindunigi Rasulullah.Hayatilah bersama.Subhanallah.Apakah kita masih berasa tidak layak untuk berubah.?Apakah saat Hidayah itu datang menyapa kita biarkan ianya berlalu pergi tanpa rasa untuk menggengamnya.?

  



   ALLAH..ALLAH..ALLAH.LaillahaillaAllah.Jika ada lintasan yang mengatakan kita tidak layak. Buanglah ianya jauh2 kerana yang tidak suka akan kebaikan hanyalah syaitan sahaja.Selagi kita hidup selagi itulah kita akan dihasutnya.Bangkitlah lah rakan2 untuk berjuang.Berjuang untuk berhijrah dari kemaksiatan ,Berhijrah dari melakukan dosa2 dan Berhijrah menutup aurat yang sempurna.Moga ALLAH redha akan kita.Selagi nyawa masih dikerongkong selagi itulah pintu taubat sentiasa terbuka.ALLAH sentiasa menanti kita untuk bertaubat kepadanya.jangan sia-siakanya wahai sahabat.Ana sentiasa mendoakan sahabat2 ana yang ingin berhijrah.ayuhlah ana seru rakan2 ana2 dan juga diri ana sendiri untuk kita bersama2 kembali kepada ALLAH yang satu..Hayatilah cinta ALLAH dan RASUL.Wuallahualam..Maafkan ana andai ada salah dan silap.apa yang baik dari ALLAH,yang buruk dari kelemahan diri ana sendiri...

                                                           Maalsalamah waalalliqo


Thursday 15 November 2012

Hijrah Bermula 1434

The Journey of Iman

Assalamualaikum......

   Alhamdulillah dengan izin ALLAH diri ini berpeluang untuk mencoretkan sedikit sebanyak kehidupan yang akan dilalui bersama kembara dalam menuju Illahi.1434 hijrah.Tahun baru bagi umat islam.Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk ana dalam menyusuri dimensi kehidupan yang baru.Semoga diri ini menjadi lebih matang,lebih solehah,lebih bersemangat untuk berjaya,semangat untuk terus berusaha menjadi manusia yang lebih berilmu bukan sahaja didunia tapi bekalan untuk ke “ Sana” juga,dan lebih kuat ketaatan pada ALLAH, Rasul dan juga ibu bapa.InshaaALLAH.Akan ana cuba sebaik mungkin.Mengharap Cahaya dan Pertunjuk dari ALLAH bukan mudah.Setiap hari pelbagai ujian yang datang membuatkan diri ini takut andai diri ini semakin jauh dari ALLAH.Iman ana senipis kulit bawang andai tidak berhati-hati mungkin ia nya rebah jatuh kebumi.Mengharapkan Rabul izzati.Memohon Maghfirah darinya.

  Blog ini adalah kali kedua ana create.Yang pertama terlalu banyak musibah sehingga ana perlu lebih berhati-hati dalam menulis.Ana tahu bukan semua apa yang kita lakukan mampu membuatkan orang suka dan boleh terima akan kata2 kita.Inshaa ALLAH ana akan lebih berhati2.Moga Blog ini dapat menjadi medan dakwah untuk ana mencoretkan kata2 yang baik dari akal yang diberikan ALLAH ini.Syukran Jazilan kepada sahabat ana,andai tidak kerana dirinya mungkin diri ini tidak akan membuka lembaran baru.Penghijrahan dalam kehidupan itu yang diharapkan.Semoga apa yang dinukilkan menjadi peringatan pada diri ini agar tidak lalai dalam pentas kehidupan ini.tabarakallah huminkom tabarakallah ya karim...Salam alaikh..Moga2 setiap apa yang kita tuliskan,setiap apa yang kita coretkan mampu menjawab diakhirat sana nanti.Wuallahualam.