Photobucket

Tuesday 14 October 2014

MaNusia vs Penyakit Mulut

As a human manusia nie pasti melakukan kesilapan.. Tapi setiap kesilapan itu haruslah disusuli taubat kepada ALLAH. Sahabat juga diriku.. lidah ini tidak bertulang..Maka pastikan setiap apa yang keluar dari mulut itu membawa kebaikan bukan menyakiti hati manusia lain. Hablum minallah Hablum minnanas. Dosa dengan ALLAH kita boleh minta ampun..Tapi dosa dengan manusia, selagi manusia tak maafkan apakah kita rasa seronok dengan kehidupan ini.. Kadang2 orang fikir bila kita buat baik dengan  manusia lain pasti di hatinya menyatakan kita ingin bodek, kita nak amik kesempatan, kita nak kipas2.. Mashaa ALLAH.. Kalau lah kalian sedar bahawa buat baik itu dituntut  dalam agama, kalaulah kalian mengetahui Bagaimana Nabi Muhammad s.w.t sentiasa melayan dengan baik setiap umatnya. Pasti mulut kalian akan terzip.. Sahabat tolong belajar dan aplikasikan segala tauladan Rasulullah. Jadi baik Bukan kerana Manusia Tapi jadilah baik kerana Cinta kepada ALLAH, Kerana kasih kepada Rasulullah. Moga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa hambanya..Husnozon sahaja!!. Terus lakukan kerana ALLAH inshaa ALLAH ada ganjaran yang menantimu disana nanti. =)

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini .(bayangkan wajah-wajah rakan persejuangan)

Telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu Jika Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkau lah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin. 

No comments:

Post a Comment